Ahad, 19 April 2009

Pengarah KLK Yeoh Eng Khoon

19 April, 2009 00:31 AM

Yeoh Eng Khoon
KUALA KANGSAR, 19 April (Bernama) -- Menteri Besar Perak Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan tiga orang lagi mendahului senarai 800 penerima darjah kebesaran dan pingat sempena ulang tahun ke-81 keputeraan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, Ahad.


Dr Zambry bersama-sama Menteri Kewangan II Datuk Ahmad Husni Hanadzlah, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Kong Cho Ha dan Orang Kaya-kaya Panglima Kinta Seri Amar Diraja Datuk Dr Abdullah Fadzil Che Wan dianugerah Darjah Seri Paduka Mahkota Perak (SPMP) yang membawa gelaran Datuk Seri.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan Markas Angkatan Tentera Lt Jen Datuk Dr Sulaiman Abdullah dan Panglima Tentera Laut Laksamana Datuk Seri Abdul Aziz Jaafar merupakan dua penerima Darjah Seri Panglima Taming Sari (SPTS) yang membawa gelaran Datuk Seri Panglima.

Sempena ulang tahun keputeraan baginda kali ini, Sultan Azlan Shah turut mengurniakan darjah kebesaran yang membawa gelaran Datuk kepada 44 penerima.

Dua penerima darjah Datuk Paduka Cura Si Manja Kini (DPCM) ialah anggota Exco kanan kerajaan negeri Perak Hamidah Osman dan Duta Malaysia ke Ireland Raja Nazrin Raja Aznam.

Seramai 33 orang pula menerima darjah Datuk Paduka Mahkota Perak (DPMP). Mereka terdiri anggota Exco kerajaan negeri Dr Mah Hang Soon; Datuk Bandar Ipoh Roshidi Hashim; Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri T.Murugiah; Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Perak kawasan Kenering, Mohd Tarmizi Idris; Adun kawasan Rungkup, Sha'arani Mohamad; Ketua Pengarah Arkib Negara, Sidek Jamil; Ketua Pengarah Jabatan Perumahan Negara, Yaakop Fakir Mohd.

Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri, Abu Bakar Said; Pengarah Jabatan Kerja Raya Perak, Dr Safry Kamal Ahmad; Pengarah Jabatan Perhutanan Perak, Masran Salleh; Pengarah Perkhidmatan Teknikal Jabatan Mineral dan Geosains, Mohamad Noor Ayoob; Timbalan Pengerusi Eksekutif TSH Resources Berhad Datuk Dr Tan Aik Pen;

Ketua Pakar Perunding Kanan Paediatrik di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Dr Amar Singh; Pakar Perunding Patologi di HRPB, Dr Norain Karim; Pengarah Urusan KTM Berhad, Abdul Radzak Abdul Malek; Yu Kuan Huat dari YNH Property Berhad; serta Cheah Keng Meng; Hamdan Ahmad; Mohd Azmi Othman; Dr Mukudan Krishnan; Dr Alagappa Muthiah; Lt Kol (B) Justpall Singh Sandhu; Dr Sarjeet Singh.

Pengurus Besar Ang Piew Artist Sdn Bhd, Ong Ang Kieu; Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Masterskill Education Berhad, Datuk R. Santhara Kumar; Presiden Persatuan Pergigian Malaysia Dr S. Sivanesan; Pengarah KL Kepong/Taiko Yeoh Eng Khoon; Pengarah Urusan Remco Mohd Syaifu Abdullah; Pengerusi FMM Perak, Gan Tack Kong; serta Goon Eng Wah; Chung King Tong; Ten Choo Lai; dan Wan Azahari Yom Ahmad.

Sembilan penerima darjah Datuk Pahlawan Taming Sari ( DPTS) yang membawa gelaran Datuk ialah Panglima Markas 2 Briged Brig Jen Datuk Zulkifli Mansor; Pakar Telinga, Hidung dan Tekak, Hospital TLDM Lumut Brig Jen Dr Zulkaflay Rahman; Panglima Wilayah Laut 2 Laksamana Pertama Syed Zahiruddin Putra; Panglima Bantuan TLDM Lumut, Laksamana Pertama Abdul Rahman Abdul Karim; Panglima Wilayah Laut 3, Laksamana Pertama Abdul Ghani Othman.

Asistan Ketua Staf Tadbir Markas Tentera Udara di Kementerian Pertahanan Brig Jen Datuk Mohammad Noh Mohd Said; Panglima 2 Divisyen Udara TUDM Labuan Brig Jen Datuk Khairul Bakri Mustafa; Timbalan Ketua Polis Perak SAC I Datuk Hadi Ho Abdullah dan Ketua Cawangan Khas PDRM Perak SAC II Sulaiman Mohamad.

Antara tujuh penerima Tauliah Jaksa Pendamai (JP) ialah bekas Anggota Parlimen Gerik Datuk Dr Wan Hashim Wan Teh.

Sultan Perak menganugerahkan Darjah Paduka Cura Si Manja Kini (PCM) kepada 10 penerima, Darjah Paduka Mahkota Perak (PMP) kepada 45 penerima, Darjah Ahli Cura Si Manja Kini (ACM) kepada 21 penerima dan Darjah Ahli Mahkota Perak (AMP) kepada 178 penerima.

Seramai 222 orang menerima Pingat Pekerti Terpilih (PPT), 257 menerima Pingat Jasa Kebaktian (PJK) dan 10 menerima Pingat Lama Perkhidmatan (PLP).

Antara penerima PCM ialah Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Azisman Alias; Yang Dipertua Majlis Perbandaran Taiping Omor Saad dan Pegawai Daerah Kerian Ismail Hassan.

Pengarah NAM News Network Rachman Yeop Norodin yang merupakan bekas Editor Eksekutif Bernama dianugerahkan PMP manakala Editor Perkhidmatan Berita Ekonomi Bernama Mikhail Raj Abdullah; Ketua Biro New Straits Times Perak Muhammad Husairy Othman; Ketua Biro Berita Harian Perak Ridzuan Yop; pemberita Tamil Nesan S.Balakrishnan dan pemberita RTM Perak, Samat Majid dianugerah AMP.

Timbalan Ketua Unit Foto Bernama, Zid Omar, pemberita Utusan Malaysia, Angelina Sinyang, dua pemberita The Star, Sylvia Looi Lee Phing dan Christina Koh Siew Kim, serta pemberita Nanyang Siang Pau, Tan Kay Aun dianugerah PPT.

Jurugambar Berita Harian Ikhwan Munir dan jurugambar Bernama Md Dusa Abas pula adalah antara penerima PJK.

-- BERNAMA

Sabtu, 11 April 2009

PUSPHA PENGGANTI JACLYN VICTOR DALAM FILEM ESTET?

MAMAT KHALID








(6337 Hits)


Full Name : Mohamad Bin Mohd Khalid
Place of birth : Ipoh, Perak
Race : Malay
Language : English, Malay




Career : Actor, Director, Editor, Film, Writer
Skill : Acting, Comedy



PUSHPA NARAYAN








(3813 Hits)


Full Name : Pushpa Narayan
Place of birth : Kuantan Pahang
Race : Malay
Language : Malay




Career : Actor, Host
Skill : Acting, Host, Model


24 December 2007 : Berita Harian

Oleh Zainuri Misfar

JIKA tidak ada sebarang halangan, Pushpa Narayanan mungkin menggantikan tempat Jaclyn Victor untuk memegang watak utama dalam filem Estet arahan terbaru daripada Mamat Khalid.

Ia adalah antara usaha yang dibuat oleh Mamat selepas Jaclyn atau Jac keberatan untuk menerima berlakon dalam filem itu. Sebelum Puspha, Mamat dan pihak penerbitan filem Estet sudah menghubungi Kanchana Dewi tetapi pelakon ini terpaksa menolak kerana jadual kerjanya yang tidak mengizinkan.

“Apabila Jac keberatan untuk berlakon filem ini, kita tawarkan watak utama filem Estet kepada Kanchana. Dia tidak ada masalah dengan filem ini, tetapi jadualnya agak padat dan tidak boleh disesuaikan dengan tarikh penggambaran filem Estet.

“Jadi, pihak produksi akan menghubungi Puspha. Kita masih belum tahu apa keputusannya. Kita akan berbincang sama ada Puspha mempunyai masa yang bersesuaian dengan jadual penggambaran filem Estet.

“Kesesuaian tarikh ini penting juga kerana kita sudah menetapkannya mengikut kesesuaian masa David Arumugam. Dia pun pada tarikh tertentu terikat dengan jadual persembahan pentas,” kata Mamat.

Menurutnya, uji bakat terbuka terpaksa dibuat juga sekiranya usaha mendapatkan Puspha untuk menggantikan tempat Jac gagal.

Berikutan dengan keputusan Jac itu juga, beliau terpaksa membuat sedikit rombakan pada skrip filem Estet kerana ia ditulis dan seterusnya disiapkan sebaik saja penyanyi bersuara lantang itu menyuarakan persetujuan sebagai salah seorang pelakonnya.

“Sebenarnya tidak ada masalah untuk merombak skrip, cuma yang buat saya rasa ‘sayang’ kerana itu adalah skrip yang segar dan ‘suci’, yang dibuat apabila Jac kata dia hendak berlakon filem ini.

“Hendak cari penggantinya juga boleh sebarangan. Mesti ada keserasian dengan David. Ini adalah filem arahan saya yang keenam dan yang paling mencabar. Saya kena cari pelakon yang boleh bercakap bahasa Melayu dan Tamil.

“Mereka juga menonjol di kalangan penonton atau orang Melayu dan India. Jadi, saya tidak boleh pilih sesiapa saja tanpa mengambil kira ciri-ciri yang saya jelaskan tadi,” katanya.

Mengenai keputusan Jac menarik diri daripada filem Estet, beliau berkata, penyanyi itu mungkin segan kerana berasakan cerita dalam filem itu tidak sesuai dengan status dirinya sebagai seorang penyanyi popular di negara ini.

“Saya hormati keputusan Jac tidak mahu berlakon filem ini. Dia mungkin tak selesa kerana filem ini tidak sesuai dengan imejnya. Atau mungkin juga segan sebab ini filem pasal estet,” katanya.

Mamat sekali lagi menegaskan, judul Estet sepatutnya tidak dijadikan sebagai isu besar atau dianggap sebagai menghina masyarakat yang tinggal di kawasan estet.

Jelasnya lagi, filem Estet sepatutnya dianggap sebagai usaha untuk mengangkat martabat dan satu penghargaan kepada seluruh penduduk di kawasan estet perladangan.

“Penduduk yang tinggal di kawasan estet sebenarnya adalah sebahagian daripada masyarakat kita. Pembikinan filem Estet bukan hendak merendahkan martabat mana-mana pihak. Dalam sesebuah estet, bukan saja didiami oleh kaum India tetapi juga Melayu, malah kaum Cina juga turut tinggal di kawasan estet.

“Bagi saya, apabila menghasilkan filem estet, ini akan memberi peluang kepada penduduk di bandar untuk melihat dan memahami kehidupan sebenar masyarakat di estet,” kata Mamat lagi.

Katanya, ketika meninjau ladang getah untuk lokasi penggambaran filem Estet, penduduk yang ditemui sangat gembira dengan usaha ini kerana memang belum ada filem atau drama yang memaparkan mereka yang tinggal di estet.

“Saya langsung tidak terfikir apabila menggunakan judul estet bermakna kita menghina golongan tertentu. Apakah kalau saya menggunakan perkataan Kampung sebagai judul bererti saya merendahkan maruah orang kampung?

“Dalam masyarakat Malaysia, ada yang pernah tinggal di estet dari satu generasi ke generasi. Mungkin generasi sekarang yang berasa malu atau tidak selesa untuk mengaku berasal dari estet, sama seperti sesetengah orang kita yang segan mengaku datang dari kampung kerana bimbang dianggap kolot dan sebagainya,” jelas Mamat lagi.

Bagaimanapun, pengarah itu menjelaskan, beliau memang sangat berhati-hati ketika menulis skrip Estet kerana tidak mahu timbul sebarang isu sensitif yang boleh dianggap menyinggung mana-mana pihak.

“Bagi saya, Estet tetap sebuah cerita mengenai sebahagian masyarakat kita. Estet adalah filem Tamil Malaysia pertama. Ia filem Tamil yang menggunakan mood filem Tamil tetapi cakap masing-masing cakap Melayu,” katanya.

Ahad, 22 Mac 2009

KLK estate workers to get terrace houses

Thursday April 26, 2007

The Star Online

IJOK: Workers from three estates belonging to Kuala Lumpur Kepong (KLK) Bhd would be able to own single storey terrace houses after their employer implements a housing schemes in the near future.

MIC president Datuk Seri S. Samy Vellu said the company had already agreed to implement the scheme after obtaining the approval from the relevant authorities.

“The workers in Tuan Mee, Caledonia and Coalfield estates would be the main beneficiaries,” he said to roaring approval from the Indian voters who were gathered at the small community centre.

Tuan Mee’s senior manager Chuan Chong Meng, National Union of Plantation Workers general secretary Datuk G. Sankaran, MIC deputy president Datuk G. Palanivel and other MIC leaders were also present.

Samy Vellu said the estate workers had put forward the proposal for houses two days ago and they were here to give the good news.

“This is how the Barisan Nasional government works. We discussed and got the approvals within a short time for the benefit of the estate people,” he said.

Samy Vellu said estate workers who wanted to upgrade their houses or even own bungalows could do so after discussions with the company, which is constructing the houses.

“I must thank the management of KLK for taking into consideration the problems of the estate workers and deciding on the housing scheme within a short period,” he said.

Living a Taiko Lifestyle… To Gain or Continually Loss

The most priceless asset of a Taiko staff is ‘experience’. Every year you becomes a better exponent of his trade provided you takes an interest to learn with time. With the shortage of staff recently, the best strategy is coping with this, is to keep experience staff with good track record. This applies to all levels of employee too. Our experience will be required to train and guide the young recruits who will become the future strong pillars of the industry and the nation. On the contrary, some organizations seem quite happy with the high turnover of experience staff and employees. This is a costly affair as experience is an asset which is very much needed in the Planting Industry.

There seems to be a strong pull factor from Sime Darby Plantation to attract our experience planters to work with them. Our loss is Sime Darby’s gain. Why do some of us want to leave? More money or unhappiness to work within TAIKO? For some it could be about money but for many it could be unhappiness. Ask many staff of his opinion of working in Sime Darby, they were well paid (for OT and WDR) for their job. But what’s could shock us is that they’re rewarded accordingly, without considering it is a staff or an executive. Do we get that? They believe that staff individually should be one small piece of their jigsaw puzzle. Then I wonder do we have our own jigsaw puzzle? Or we just missed it…

Now, please read this shit. We have to seriously look into establishing a TAIKO brand of planters and millers who are high achievers and second-to-none. TAIKO - could be the number one exporter of palm oil and well ahead of the rest of the other company in research and technology in managing the plantation and processing, should seize this opportunity to do branding. If not, all we have in TAIKO will be lost. You won’t understand this if you still put the frame of your title in front of everything. What I believe is some of us (or them) will reject this. For sure there is a gap between staff and executive. And there should be a bigger gap if you are an executive (because this is written by staff). But please put all these feelings aside.

WHAT IF one day we have to import inexperience staff while our experienced staffs were migrated to other company? This is what happened yesterday in TAIKO when executives migrated to other company. It could be considered as a dramatic loss while Sime Darby gains a lot. Though our present experienced planters and millers are still sought after by other company, this will not be for long as the number of experience planters and millers with good track record has declined due to over the years due to retirement, rapid expansion, working off shore and less new takers to join us, or they don’t belong here.

WHAT IF all our staff starts thinking that we can get job in TAIKO, but our career should be in Sime Darby, LUTH, UP etc. The question is do TAIKO provide job or career for staff and serve them with the right package to come and stay? With so many job available in the market, the estate environment, “the estate staff don’t have the right to buy car” mentality (what I heard from Refreshment Course candidates) it is definitely very competitive to recruit the right candidates with right discipline due to limited choice and people’s presumption. It can be changed somehow…


“ THERE ARE NO BAD SOLDIERS BUT BAD OFFICERS “

Selasa, 17 Mac 2009

Statik dan Naik

Berita kenaikan gaji untuk penolong pengurus dan pengurus ladang memang menggembirakan kepada golongan-golongan ini. Tahniah dan ini merupakan satu langkah yang baik dari pihak pengurusan kerana mengambil berat akan kebajikan para pekerja mereka di saat ekonomi semasa negara merudum. Terima kasih KLK! "Still Going Strong!"

Tetapi berita gembira ini tidak dapat diraikan oleh kakitangan sektor perladangan memandangkan mereka tidak termasuk dalam semakan gaji yang telah diwar-warkan pada bulan Februari lepas. Sudah tentulah perkara ini amat menngecewakan kakitangan perladangan. Cuma satu yang mahu dinyatakan di sini, bagaimana pula dengan kami?

Memang kakitangan perladangan ada persatuan iaitu AMESU (bukan 100% yang menyertai) iaitu AMESU, dan kakitangan perladangan terikat dengan perjanjian dengan MAPA yang diperbaharui setiap 3 tahun sekali. Bukanlah tidak bagus, tetapi tempoh semakan yang dibuat adalah terlalu lama dan kadar kenaikan yang diberikan tidak berpatutan dengan beban kerja yang dibuat. Bagaimanapun ini boleh dianggap agak bagus berbanding daripada tidak ada sebarang semakan lanngsung!


Kebanyakan kakitangan perladangan dalam KLK menikmati kenaikan gaji tahunan serendah RM35/- setahun. Sebelum itu, cuba fikirkan kadar kenaikan yang saya nyatakan, RM35/- setahun? Ya, itulah yang berlaku sekarang!

Sekarang bandingkan dengan kategori penolong pengurus dan pengurus ladang. Mereka sekurang-kurangnya menikmati kadar kenaikan RM200/- setahun. Untuk rekod, pengurus ladang pula dimaklumkan diberikan elaun telefon dan elaun hiburan! Menarik untuk didengar? Ya, memang ramai yang tarik muka disebabkan semakan gaji kali ini.

Dalam suasana ekonomi negara dan global gawat mereka tersenyum dan yang lain masih lagi menanggung kepayahan. Adilkah semua ini?