MAMAT KHALID
![]() | ![]() | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||
PUSHPA NARAYAN
![]() | ![]() | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||
24 December 2007 : Berita Harian
Oleh Zainuri Misfar
JIKA tidak ada sebarang halangan, Pushpa Narayanan mungkin menggantikan tempat Jaclyn Victor untuk memegang watak utama dalam filem Estet arahan terbaru daripada Mamat Khalid.
Ia adalah antara usaha yang dibuat oleh Mamat selepas Jaclyn atau Jac keberatan untuk menerima berlakon dalam filem itu. Sebelum Puspha, Mamat dan pihak penerbitan filem Estet sudah menghubungi Kanchana Dewi tetapi pelakon ini terpaksa menolak kerana jadual kerjanya yang tidak mengizinkan.
“Apabila Jac keberatan untuk berlakon filem ini, kita tawarkan watak utama filem Estet kepada Kanchana. Dia tidak ada masalah dengan filem ini, tetapi jadualnya agak padat dan tidak boleh disesuaikan dengan tarikh penggambaran filem Estet.
“Jadi, pihak produksi akan menghubungi Puspha. Kita masih belum tahu apa keputusannya. Kita akan berbincang sama ada Puspha mempunyai masa yang bersesuaian dengan jadual penggambaran filem Estet.
“Kesesuaian tarikh ini penting juga kerana kita sudah menetapkannya mengikut kesesuaian masa David Arumugam. Dia pun pada tarikh tertentu terikat dengan jadual persembahan pentas,” kata Mamat.
Menurutnya, uji bakat terbuka terpaksa dibuat juga sekiranya usaha mendapatkan Puspha untuk menggantikan tempat Jac gagal.
Berikutan dengan keputusan Jac itu juga, beliau terpaksa membuat sedikit rombakan pada skrip filem Estet kerana ia ditulis dan seterusnya disiapkan sebaik saja penyanyi bersuara lantang itu menyuarakan persetujuan sebagai salah seorang pelakonnya.
“Sebenarnya tidak ada masalah untuk merombak skrip, cuma yang buat saya rasa ‘sayang’ kerana itu adalah skrip yang segar dan ‘suci’, yang dibuat apabila Jac kata dia hendak berlakon filem ini.
“Hendak cari penggantinya juga boleh sebarangan. Mesti ada keserasian dengan David. Ini adalah filem arahan saya yang keenam dan yang paling mencabar. Saya kena cari pelakon yang boleh bercakap bahasa Melayu dan Tamil.
“Mereka juga menonjol di kalangan penonton atau orang Melayu dan India. Jadi, saya tidak boleh pilih sesiapa saja tanpa mengambil kira ciri-ciri yang saya jelaskan tadi,” katanya.
Mengenai keputusan Jac menarik diri daripada filem Estet, beliau berkata, penyanyi itu mungkin segan kerana berasakan cerita dalam filem itu tidak sesuai dengan status dirinya sebagai seorang penyanyi popular di negara ini.
“Saya hormati keputusan Jac tidak mahu berlakon filem ini. Dia mungkin tak selesa kerana filem ini tidak sesuai dengan imejnya. Atau mungkin juga segan sebab ini filem pasal estet,” katanya.
Mamat sekali lagi menegaskan, judul Estet sepatutnya tidak dijadikan sebagai isu besar atau dianggap sebagai menghina masyarakat yang tinggal di kawasan estet.
Jelasnya lagi, filem Estet sepatutnya dianggap sebagai usaha untuk mengangkat martabat dan satu penghargaan kepada seluruh penduduk di kawasan estet perladangan.
“Penduduk yang tinggal di kawasan estet sebenarnya adalah sebahagian daripada masyarakat kita. Pembikinan filem Estet bukan hendak merendahkan martabat mana-mana pihak. Dalam sesebuah estet, bukan saja didiami oleh kaum India tetapi juga Melayu, malah kaum Cina juga turut tinggal di kawasan estet.
“Bagi saya, apabila menghasilkan filem estet, ini akan memberi peluang kepada penduduk di bandar untuk melihat dan memahami kehidupan sebenar masyarakat di estet,” kata Mamat lagi.
Katanya, ketika meninjau ladang getah untuk lokasi penggambaran filem Estet, penduduk yang ditemui sangat gembira dengan usaha ini kerana memang belum ada filem atau drama yang memaparkan mereka yang tinggal di estet.
“Saya langsung tidak terfikir apabila menggunakan judul estet bermakna kita menghina golongan tertentu. Apakah kalau saya menggunakan perkataan Kampung sebagai judul bererti saya merendahkan maruah orang kampung?
“Dalam masyarakat Malaysia, ada yang pernah tinggal di estet dari satu generasi ke generasi. Mungkin generasi sekarang yang berasa malu atau tidak selesa untuk mengaku berasal dari estet, sama seperti sesetengah orang kita yang segan mengaku datang dari kampung kerana bimbang dianggap kolot dan sebagainya,” jelas Mamat lagi.
Bagaimanapun, pengarah itu menjelaskan, beliau memang sangat berhati-hati ketika menulis skrip Estet kerana tidak mahu timbul sebarang isu sensitif yang boleh dianggap menyinggung mana-mana pihak.
“Bagi saya, Estet tetap sebuah cerita mengenai sebahagian masyarakat kita. Estet adalah filem Tamil Malaysia pertama. Ia filem Tamil yang menggunakan mood filem Tamil tetapi cakap masing-masing cakap Melayu,” katanya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan