Selasa, 17 Mac 2009

Statik dan Naik

Berita kenaikan gaji untuk penolong pengurus dan pengurus ladang memang menggembirakan kepada golongan-golongan ini. Tahniah dan ini merupakan satu langkah yang baik dari pihak pengurusan kerana mengambil berat akan kebajikan para pekerja mereka di saat ekonomi semasa negara merudum. Terima kasih KLK! "Still Going Strong!"

Tetapi berita gembira ini tidak dapat diraikan oleh kakitangan sektor perladangan memandangkan mereka tidak termasuk dalam semakan gaji yang telah diwar-warkan pada bulan Februari lepas. Sudah tentulah perkara ini amat menngecewakan kakitangan perladangan. Cuma satu yang mahu dinyatakan di sini, bagaimana pula dengan kami?

Memang kakitangan perladangan ada persatuan iaitu AMESU (bukan 100% yang menyertai) iaitu AMESU, dan kakitangan perladangan terikat dengan perjanjian dengan MAPA yang diperbaharui setiap 3 tahun sekali. Bukanlah tidak bagus, tetapi tempoh semakan yang dibuat adalah terlalu lama dan kadar kenaikan yang diberikan tidak berpatutan dengan beban kerja yang dibuat. Bagaimanapun ini boleh dianggap agak bagus berbanding daripada tidak ada sebarang semakan lanngsung!


Kebanyakan kakitangan perladangan dalam KLK menikmati kenaikan gaji tahunan serendah RM35/- setahun. Sebelum itu, cuba fikirkan kadar kenaikan yang saya nyatakan, RM35/- setahun? Ya, itulah yang berlaku sekarang!

Sekarang bandingkan dengan kategori penolong pengurus dan pengurus ladang. Mereka sekurang-kurangnya menikmati kadar kenaikan RM200/- setahun. Untuk rekod, pengurus ladang pula dimaklumkan diberikan elaun telefon dan elaun hiburan! Menarik untuk didengar? Ya, memang ramai yang tarik muka disebabkan semakan gaji kali ini.

Dalam suasana ekonomi negara dan global gawat mereka tersenyum dan yang lain masih lagi menanggung kepayahan. Adilkah semua ini?


16 ulasan:

  1. ni la nasib orang2 keje kat estate. cakap tulang belakang ekonomi negara. tapi kuat menindas ar..

    jump..jump..

    BalasPadam
  2. ntah dapat ke tidak 30% tuhh..
    memang sistem komunis..

    BalasPadam
  3. jgn harap la nak dapat..mimpi siang hari je la..
    baik gi sime darby

    BalasPadam
  4. http://diamondcruise.wordpress.com/about/

    jom ramai2 tengok blog aku!

    BalasPadam
  5. Kementerian Kesihatan ada ofer keje kosong. attendant hospital. member aku cakap keje rilek ada la bersih dlm RM1k+..

    BalasPadam
  6. dijemput sesiapa yg berminat join komuniti nih..
    ahlan wa sahlan!

    BalasPadam
  7. kesian aku tengok kat sorang staff kat kelantan nih.

    keje 2 jenis tapi bayar sejenis.
    bila mintak mulalah bg moti-basi.
    jangan berkira...standard ar tu..

    tp bab diorang tak der plak aku dengar mgr nak bantah diorang diberi lagi elaun hiburan dan elaun telepon.

    ketawa lagi ada..

    staff macam biasa menunggu dgn penuh harapan..
    hahaha..

    BalasPadam
  8. pihak pengurusan bagi kenaikan gaji hanya kepada executive sahaja. macam lah diorang sahaja yang bekerja.

    staff2 tak keje ke? kalau kelulusan rendah pun takkan la gaji pun rendah jer memannjang!

    bertahun2 duk macam ni...perah peluh org sampai kering.

    BalasPadam
  9. weh
    sime darby aku dengar offer lebih
    banyak executive dah jump
    tak reti2 lagi nak cuba

    BalasPadam
  10. aku macam kenal la mamat nih..

    BalasPadam
  11. sime darby memang tinggi..dah kira dah pun kalau campur ngan bonus..average per mth still leh pegang rm1k+..

    logik la ngan kos hidup skang..
    tapi aku dengar jaga area luas skit ar..

    BalasPadam
  12. tapi yg masalah dalam klk ni banyak staff yg kaki cucuk arr..

    BalasPadam
  13. tu tak masuk lagi bab masalah kemudahan perabot untuk rumah staff...main tangkap muat jer..
    yang ada tu memang berbuih nak dapat...

    aku cadangkan korang snap foto dalam rumah korang pastu post kat blog nih.

    biar semua org tahu mcam mana teruknya condition perabot kat rumah staff.

    tapi kalau manager siap ada yang tukar baru, tak sampai setahun pun tukar, adayg siap tambah lagi alasan dah bekas orang. ni la namanya korupsi. amalan pengurusan yg tidak sihat.

    tapi suruh staff2 kerja jgn berkira dgn kompeni. diorang dah la basic besar(tu aku leh terima lagi ar sebab kelayakan tinggi dan pengalaman keje diorang, elaun pun leh tahan, dpt banglo lagi, furniture complete dan boleh dikatakan ada taste la berbanding staff yang aku rasa memang kelas bawahan.
    ni dah macam zaman british. budaya macam ni memang tak professional dan tidak akan membuatkan org bawahan makin hormat dgn amalan pengurusan diorang nih. berlagak atas kerja org lain.

    jd manager management bagi transport, minyak company tanggung, api n air free..ni la namanya yg kaya semakin kaya dan yg miskin semakin miskin.

    company suruh semua staff keje rajin2..bagus la..
    tapi korang terpikir ke tak...kalau semua staff keje rajin2, apa semua boleh dapat merit increment?, double increment?, bonus penuh?...jawapannya memang takkan dapat..dan jangan bermimpi macam tu...

    company cuma paling kuat akan bagi kenaikan tahunan berdasarkan grade staff tersebut. paling minima memang rm35/- setahun.

    hahahaha.....ni kenaikan ke kenaifan?
    apa staff2 tak keje...apa staff2 tak menerima tekanan ker...apa staff2 langsung tak berkebolehan ker..?

    kenapa buat org macam ni?
    cakap untung juta2..tapi kalau pengagihan dan pengurusan pembayaran upah tak betul, jgn terkejut kalau ada staff2 yg melencong dalam bekerja.

    asanya, klk kena bukak mata dan fikirkan tahap asas pembayaran gaji staff yg pada tahap sepatutnya..kami juga manusia macam manager, assistant dan para executive yg lain.

    lu fikir la sendiri!

    BalasPadam
  14. korang nak tau tak ada satu GM yang menyatakan bahawa staf2 gred 3 tak layak beli keta?

    mungkin dia trsalah guna perkataan, yg sepatutnya tak mampu.

    tapi lebih 15 orang staff dengar dia sendiri mengatakan bahwa staff2 yang bergred 3 tidak layak beli keta disebabkan gaji yang rendah.

    betul ker tak layak? pada aku la, memang bodoh GM nih...
    mana boleh cakap tak layak! itu hak individu la.
    apa yang dia nak sibukkan.
    lagi satu kalau staff tu mampu beli pun apa salahnya? mungkin dia share dgn isteri atau suami dia, atau mungkin share dgn adik-beradik dia. apa yg dia nampak big issue dalam kepala otak dia?!

    secara tak langsung ni dah mencerminkan bahawa inilah pendirian company yang sengaja tak mahu staff2 mereka ada kereta.

    salahkah ke beli kereta untuk tujuan keluarga, atau untuk tujuan kemudahan? salah ker? so, aku rasa GM tu kena la realistik skit sebab skang ni dia berada di zaman moden dan bukan zaman penjajah. apa yg dia fikirkan adalah satu perlambangan tanggapan peribadi dia atau dikhuatiri mungkin tanggpan kompeni terhadap staff2 mereka. ini adalah sangat menghina staff2 ladang.

    beli kereta bukan nak mencari susah, tetapi lebih berbentuk keperluan.
    alu sendiri tengok staff yg ada tu beli keta macam nak roboh pun ada.

    lagipun yg GM tu nak lorat sangat apahal...bukan staff2 KLK beli keta BMW, Merce, Lamboghini, Perdana ke, atau yg memang tak masuk akal la dia punya kos. keta biasa2 je...itupun nak difikirkan sebagai seorang GM...fikirkanlah benda yg lebih membina dan lebih mulia wahai GM.

    gaji berbelas2 ribu tapi cakap macam tong sampah baik tak payah jadi GM la. memalukan.

    BalasPadam
  15. apa la blog nih...
    ni citer kat sini pun bukannya
    korang satu hati pun.
    union korang lembab buat keje.

    BalasPadam
  16. Memang keja kt estate ni mcm. Saya pegi kt estate s.darby paling utara di t.air. saya masuk kt rumah h.a terkejut gak sya h.a x bagi duduk kt kusyen dia auruh dok bawah ingatkn dia sombong rupa2nya kerusi dh patah bila sy tya dh lama ke patah ktanya dari mula msk keja lg xblh pakai dh 2thn apa jadi nasib h.a itu bru kerusi yang lain2 byk la dia merungut elaun h.a rm50 jebygkn dgn tanggongjawap h.a mcm. Yg pekerja asing cuma jaga pam air tutup , buka kadang2 h.a tlg buka dibyr elaun rm150 adil dn patut x?

    BalasPadam